BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 14, 2009

-----=====| Rasa hanya Perasaan |====-------



           "Aku.... aku rasa..... aku tak setanding dengan mereka"


Teruna duduk.... darapun duduk, nampak sama perlakuanya luaranya itu, tapi didalam lain melodinya... Dara diam, memandang kedepan... sibuk, teruna duduk mengenang kedalam, sibuk.....

Teruna senyum....
Dia teringat sesuatu, sesuatu yg tidak patut, sesuatu yg patut jauh...
Lantas terihat perlakuanya itu, dara bertanya, soalanya mudah, tetapi susah... 
"Kenapa?" tanya dara....
"Tak ada, teringat sesuatu" jawab teruna...
"Teringatkan apa?" soalanya bertambah susah....
"Teringatkan kimelia" jawab teruna....

*Gelodak hati dara itu, bagai ombak ditengah laut, gelodaknya itu jauh-jauh, siapakah yang tahu?*

Dara diam seketika.... 
Beberapa ketika, sunyinya si dara... maka bertanyala si teruna, kerana sunyi itu sungguh lain bunyinya.....
"kenapa?"

Si dara memeluk kekandanya itu, kepalanya geleng pelan-pelan....
Tidak lenala hati siteruna, kerana kenalnya pasang surut laut adindanya itu, tahulah dia jika angin bertiup sayu....

*Kutahu maksud sunyimu, kutahu maksud kelipan matamu, ku kenal kilauanya itu*

Maka si teruna bertanya lagi... si teruna tahu masalahnya, tetapi tetap ditanyanya, protokol baginya...
"Ada apa dinda?"
"Tiada" jawab dara layu
"Terangkanlah..." tanya teruna lagi
"Takda apa-apa...." jawab dara lemas
"Tidaklah apa-apa yang selesai, dengan bisumu itu" sambung teruna


*Tanyalah soalanmu dengan betul, kemudian Terangkanlah soalanmu betul-betul, kemudian Dengarlah jawapan untukmu betul-betul-betul*

Si dara terus membisu, teruna depeluknya erat-erat, dihatinya teruna tahu, dihati teruna tahu, tapi dia biarkan dahulu....
Akhirnya dara berkata,
"Aku..... Aku rasa..... Aku tak setanding dengan mereka" Katanya...
"Maksudmu?" Tanya teruna mahu diperincikan jawapan
"Aku tidak setanding dengan perempuan-perempuan itu, yang menaruh harapan padamu" kata dara
"Aku tak secantik mereka, kurangku banyak berbanding mereka" sambungnya lagi

Teruna mengusap dahinya dara, diusapnya pelan-pelan, diusapnya panjang-panjang
Teruna senyum.... melihat air mata dara jatuh-jatuh, teruna berkata..
"Kamu sangat cantik...."kata teruna
"Kanda hanya berkata begitu, memberi saguhati pada hatiku" kata dara
"Terpulang, tidakah kau percaya padaku lagi?" Balas teruna

Dara menyambung sunyinya itu...

"Cantikmu amatla istimewa, tidaklah terlukis dengan coretan, tidakla tewarna dengan warnian" sambung teruna
"Benarkah?" tanya dara lagi
"Perlukah aku menipu untuk berkata sesuatu yang benar?" ujar teruna

Teruna senyum lalu mendekat, mendekat... mendekat..... dekat... lalu diciumnya dahi dara...

*Dirimu sangat cantik, hatimu lebih cantik dari wajah mereka itu,  Kamu menagis untuku, kamu menagis keranaku, kamu sangat cantik*









Kau sangat cantik, tidaklah mengapa jika kurang daripada itu, tidaklah kuperlu lebih daripada itu
                                                                                                                                                   
                                                                                                                                                   by  Slice




0 comments: